KISAH NABI ISA A.S.
Nabi Isa A.S. adalah seorang nabi dan utusan Allah SWT., Nabi isa tidak mempunyai ayah beliau dilahirkan oleh seorang ibu yang bernama Siti Maryam.dan tidak seperti kelahiran manusia biasa,beliau dilahirkan tanpa ayah.
Keanehan kelahiran beliau ini, untuk menjadi ujian kepada manusia. apakah manusia tidak akan percaya kepada kekuasaan Allah?
Orang-orang yang beriman, mereka percaya atas kelahiran Isa a.s. tanpa ayah yang telah ditiupkan oleh Malaikat Ruhulqudus, ruh yang suci kedalam kandungan Siti Maryam, sehingga lahirlah seorang laki-laki yang setelah besarnya diangkat oleh Allah menjadi Rosul.
Adapun orang-orang yang kafir kepada Allah, mereka tidak percaya, sehingga Nabi Isa disebutnya anak Allah.
Maha Suci Allah SWT. dari beranak dan Allah tidak ada yang menyerupaiNya seorangpun juga.
Wallahu a'lam bisshowab.............Semoga Bermanfaat......
Nabi Isa A.S. adalah seorang nabi dan utusan Allah SWT., Nabi isa tidak mempunyai ayah beliau dilahirkan oleh seorang ibu yang bernama Siti Maryam.dan tidak seperti kelahiran manusia biasa,beliau dilahirkan tanpa ayah.
Keanehan kelahiran beliau ini, untuk menjadi ujian kepada manusia. apakah manusia tidak akan percaya kepada kekuasaan Allah?
Orang-orang yang beriman, mereka percaya atas kelahiran Isa a.s. tanpa ayah yang telah ditiupkan oleh Malaikat Ruhulqudus, ruh yang suci kedalam kandungan Siti Maryam, sehingga lahirlah seorang laki-laki yang setelah besarnya diangkat oleh Allah menjadi Rosul.
Adapun orang-orang yang kafir kepada Allah, mereka tidak percaya, sehingga Nabi Isa disebutnya anak Allah.
Maha Suci Allah SWT. dari beranak dan Allah tidak ada yang menyerupaiNya seorangpun juga.
Mariam sekarang ini telah menjadi remaja puteri,
seorang gadis yang lain dari yang lain, yang kerjanya hanya
beribadat dan mensucikan din di hadapan Allah, di dalam Rumah
Suci.
Pada suatu hari Mariam sedang beribadat di tempatnya
sebagai kebiasaannya, tiba tiba dihadapannya berdiri seorang
lelaki.
Alangkah terkejut dan terperanjatnya, kerana selama
hidup dan selama dia berada di tempat itu, belum pernah dia
mendapat kunjungan seorang lelaki selain Zakaria. Mariam nampaknya mahu berpaling dan menghindarkan
diri kerana menurut kiraan Mariam lelaki itu adalah
seorang jahat yang berniat buruk terhadap dirinya, sedang dia
sendiri adalah seorang suci dan penuh iman. Mariam berlindung diri
kepada
Allah dengan berkata: Sesungguhnya saya melindungkan
diri kepada Allah dan kejahatan engkau, sekiranya engkau
seorang yang takut kepada Allah.
Orang yang tidak dikenal itu memberikan isyarat,
agar supaya Mariam tinggal tenang jangan takut dan khuatir. Lalu
orang itu berkata kepada Mariam: Sesungguhnya saya ini datang
diutus oleh Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak yang
suci. Dengan muka yang diselubungi kesedihan, hati yang
penuh hairan dan khuatir, mulut dan lidahnya rasa
terkunci, akhirnya dapat juga Mariam menjawab: Bagaimana saya akan
memperolehi seorang anak, sedang seorang manusia pun
belum pernah menyentuh tubuh saya dan saya bukan seorang
yang jahat.
Mendengar jawapan itu, Malaikat (Ruhul Kudus) itupun
berkata: Demikianlah
halnya; Tuhanmu telah berfirman: Perkara itu amat mudah
bagiKu, supaya Kujadikan itu tanda kekuasaanKu untuk
manusia
dengan rahmatKu. Kejadian itu bukanlah satu hal yang tidak
dapat diluluskan.
Sehabis
jawaban itu, Malaikat itupun lenyaplah dari pandangan
Mariam, tidak diketahui ke mana perginya.
Tinggallah
sekarang Mariam seorang diri kehairanan memikirkan apa yang
sudah dilihat dan didengarnya itu.
Mulailah
dia khuatir lagi, kekhuatiran yang lain pula sifatnya dan kekhuatirannya
semula tadi. Sudah pasti orang ramai akan heboh
dan bising, bila mereka mendengar bahawa Mariam menjadi
hamil. Apalagi kalau melahirkan anak dengan tidak mempunyai
suami. Fikiran ini sangat menggoyangkan perasaan Mariam,
sebab ini bukanlah masalah kecil bagi seorang yang suci murni
sebagai Mariam. Badannya gementar memikirkan bagaimana
akhirnya kejadian ini. Dia
benar benar merasa sesuatu dalam kandungannya. Untuk
menghindarkan
apa yang akan terjadi sebagai yang dikhuatirkannya
itu, Mariam memutuskan akan menjauhkan diri ke luar kota , mengasingkan diri
di tempat yang jauh dan terpencil,
yang sunyi sepi. Maksudnya itu diteruskannya dengan mengambil
satu tempat jauh di desa, dimana dia tinggal seorang
diri berhati sedih bercampur takut,
memikirkan kejadian yang akan terjadi bila dia sudah melahirkan
bayi kandungannya, bayi yang tidak berbapa. Beberapa
bulan berlalu, kandungannya makin terasa mendekati
waktu
bersalin. Semakin dekat waktunya bersalin, semakin hebat
pulalah penderitaan batin yang dideritanya, sehingga makan
dan minum tidak berasa enak lagi. Makanan dimakannya berasa
sekam, air diminum berasa duri.
KESEDIHAN
YANG MEMUNCAK
Di dalam
sebuah pondok didesa yang jauh terpencil, dia menyembunyikan
diri dari pandangan dan pendengaran orang ramai,
agar rahsia ajaib yang sudah ada dibatang tubuhnya jangan
sampai diketahui orang, tidak dilihat sebuah mata dan tidak
didengar sebuah telinga pun. Setelah
terasa betul oleh Mariam, bahawa waktu yang ditunggu-tunggunya
itu sudah dekat, tanda-tanda yang dia akan melahirkan
seorang anak telah cukup, maka disaat itulah kesedihan
hatinya, kekhuatiran dan ketakutannya memuncak hebat
sehebat-hebatnya. Ketika itulah dia mengeluh sambil berkata:
Maha Penyantun Engkau, ya Tuhanku. Takdir apakah gerangan
yang akan terjadi, kejadian apakah akan terjadi dibalik malam
yang gelap ini.
Mariamlah
seorang manusia yang paling berat ditimpa beban pemikiran
di saat itu. Dia berasal dari keturunan yang baik-baik dan
kukuh kuat. Bapanya seorang yang suci terhormat, ibunya pun
demikian pula. Dia sendiri pun seorang yang suci murni dan ini
sudah cukup dikenal dan diakui orang ramai. Tetapi sudah
cukupkah
kesemuanya itu menjadi jaminan baginya terhadap tuduhan orang ramai?
Apakah orang ramai tidak akan menuduhnya dengan tuduhan
yang bukan-bukan terhadap dirinya, sekiranya dia melahirkan
anak dengan tidak berbapa? Dapatkah gerangan semuanya
itu melenyapkan seluruh tohmahan yang akan tumbuh
itu? Atau dituduh orang jugakah dia melakukan perbuatan
jahat dan mesum? Akan dituduh dia mencemarkan nama
baik ibu-bapa dan nenek-moyangnya yang suci murni. Semua
itu amat berat untuk difikirkan dan dipecahkan oleh Mariam
yang hanya seorang diri yang pula menderita sakitnya mahu
bersalin. Jasadnya menanggung tanggungan yang paling berat,
sedang jiwanya pula sedang menanggung tanggungan
yang
lebih berat lagi. Dua beban berat yang harus dipikul sekaligus. Tetapi
bagaimana juga berat dan hebatnya derita lahir dan batin yang
dideritanya, rasa ibadat dan taqwa kepada Allah telah dapat
menolong dia dalam menanggung semua penanggungan itu,
pananggungan yang maha berat dan rumit. ya, dia
akan melahirkan seorang yang amat mulia dan amat agung,
maka penanggungan dan penderitaan yang amat berat
dan
hebat harus ditanggungkannya pula untuk melahirkannya. Itu
sudah menjadi adat alam sunnah Ilahi kiranya.
KELAHIRAN
ISA AL-MASIH
Setelah
Mariam merasakan betul bahawa kandungannya sudah dekat
sekali akan lahir, maka dia tinggalkan pondok tempat dia mengasingkan
diri itu. Dia berjalan meninggalkan desa yang terpencil
itu, mencari tempat yang lebih suci dan sepi lagi. Disuatu
tempat dipadang pasir, dibawah sebatang pokok korma, dia lalu berhenti. Disitulah dia duduk seorang din menantikan takdir,
tidak ada kawan dan bidan atau tabib yang akan menolong
dia, bila ditimpa sakit atau kesulitan dalam melahirkan bayi
kandungannya. Dalam
keadaan demikian, dibawah langit terbuka, ditengah sawang padang pasir yang luas,
dengan tidak ditemani seorang
manusia
pun, selain temannya yang bernama iman dan taqwa tibalah
saat yang ditunggu-tunggunya. Seorang anak bayi lelaki pun
lahirlah ke atas dunia yang luas terbuka ini, seorang bayi yang
akan menjadi manusia suci dan berpengaruh besar. Dengan
perasaan terharu-biru dan cemas sedih, dipandangnyalah
wajah anak bayinya yang baru lahir itu. Dengan
keadaan tubuh yang lesu-lunglai bekas bersalin, fikiran dan
perasaan yang semakin diliputi cemas dan khuatir, timbullah berbagai-bagai
kegelisahan batin yang tak terbada, sehingga dia mengeluh:
Aduhai nas ibku ini. Lebih baik kiranya aku mati sebelum
ini, tentu aku dilupakan manusia selupa-lupanya. Fikirannya
bingung tidak tahu apa yang harus dikerjakannya. Badannya
lesu dan lemah longlai segala sendi dan tulang- belulangnya,
ditambah lagi dengan rasa lapar dan dahaga yang
tak
terkirakan hebatnya sehabis melahirkan bayinya itu. Dia lalu menyandarkan
dirinya ke pokok korma yang kering itu, sambil memangku
anak bayinya dengan kedua tangannya yang lemas itu. Baru
saja biji matanya tertuju ke wajah bayinya, tiba-tiba Mariam
mendengar suara yang jelas dan dekat, memanggilnya: Hai
Mariam, janganlah engkau terlalu berdukacita. Sesungguhnya
Tuhanmu sudah mengadakan didekatmu sebuah anak
sungai yang kecil dan goncangkanlah batang korma yang engkau
sandari itu, nescaya akan berguguranlah buah-buahnya yang
sudah masak. Maka makanlah dan minumlah dan tenangkanlah
hatimu. Lantas kalau engkau ditanya seseorang, maka
berkatalah kepadanya: Aku bernazar kepada Tuhan Yang Maha
Pengasih, bahawa aku akan diam, tidak akan berkata-kata kepada
siapapun juga di hari ini. Setelah
mendengar suara itu, Mariam melihat tanah yang berada di
sisinya menjadi retak dan dari retakan itu mengalir air yang amat
jernih, merupakan anak sungai yang kecil, tepat sebagai yang
didengarnya dan suara tadi. Matanya
lalu dialihkannya ke arah batang korma yang disandarnya
itu. Di atas pohon korma itu jelas dilihatnya buah-buah
korma yang sudah masak. Dengan tangannya yang masihlemah
dan tidak berdaya itu, cuba
menggerakkan batang korma yang
kukuh itu. Batang korma itu bergerak dengan kerasnya, sehingga
buah-buahnya yang masak itu berguguran didekatnya. Dimakannya
buah dan diminumnyalah air yang jernih itu. Dengan
demikian hilanglah lapar dan dahaganya, badannya kembali
beransur-ansur menjadi kuat dan segar kembali, fikirannya
mulai menjadi tenang pula.Sungguh
besar pertolongan Tuhan terhadap Mariam. Buah korma
yang matang untuk dimakan dan air jernih untukdiminum.
Tetapi cukupkah kiranya mukjizat Tuhan yang maha besar
ini dijadikan perisai untuk menjawab tuduhan orang nantinya?
Cukupkah ini untuk menutup mulut orang yang mahu menuduh?
Kesedihan dan kegelisahan Mariam tidak berkurangan hanya
badannya sudah berasa lega dan waras mendapat makan dan
minum yang luarbiasa itu. Matanya
tidak putus-putusnya memandang wajah anaknya yang baru
lahir. Luarbiasa keadaan dan hal ehwalnya. Pandangannya ke wajah
bayi itulah hanya satu-satunya yang dapat menghiburkan
hatinya yang duka, sehingga hatinya agak tenteram
pula sedikit, sedang badannya semakin kuat juga. Kembalilah
dia ke desa tempat dia mengasingkan din, meninggalkan
tempat dia bersalin yang sekarang ini dinamakan orang
Baitullaham (Bethlehem ),
ertinya tempat lahir. Mulailah orang
yang tidak jauh tinggal dan rumahnya itu mengetahui khabar
kelahiran bayinya. Tak lama kemudian, khabar itupun tersiarlah
dengan cepatnya ke seluruh pelosok negeri.
BAYI
BERBICARA
Orang-orang
lalu datang berduyun-duyun, dan jauh dan dekat, ingin
menyaksikan sendiri kabar yang luarbiasa itu. Mariam dihujani
orang ramai dengan pertanyaan-pertanyaan. Dia tidak
menjawab,
hanya berkata sebagai apa yang telah diwahyukan Tuhan
kepadanya, bahawa dia berpuasa dan bernazar tidak akan bercakap-cakap
sehari itu. Berbagai-bagai
kata orang ramai tentang Mariam dan kejadian itu. Ada yang amat hairan atas
keluarbiasaan kejadian itu. Ada pula
memandang kejadian itu sebagai tanda kesucian dan kebesaran
Mariam. Tetapi banyak pula yang mengejek-ejek dengan
pelbagai tuduhan sebagai yang telah dikhuatirkan Mariam
sendiri. Semuanya itu didengarkan dan dibiarkannya saja
dengan sabar dan tenang, sesuai dengan petunjuk Tuhan kepadanya. Keesokan
harinya, mereka pun datang pula bertanyakan ini dan itu,
mengatakan apa yang terasa dalam hati dan batin mereka masing-masing. Mereka tahu bahawa nazar Maryam sudah habis waktunya.
Berbagai-bagai cara dan isi pertanyaan mereka. Ada yang
bertanya: Hai Mariam, sesungguhnya engkau telahmembawa
sesuatu yang mungkar! Ada pula yang mengejek: Hai
saudaranya Harun, bapamu bukanlah
orang yang jahat, sedang ibumu pun bukan perempuan jalang!
Dari manakah engkau perolehi anak ini? Banyak
lagi pertanyaan yang mengejek dan kasar-kasar yang dihadapkan
kepada Mariam. Akhirnya Maryam berdiri mengambil anak
bayinya, lalu berkata kepada mereka: Ini adalah anakku, tanyakanlah
kepadanya hakikat kejadian yang sebenarnya, yang
tuan-tuan
tanyakan itu. Orang
ramai hairan dan tercengang mendengarkan jawapan Mariam
yang tidak masuk akal itu. Mereka lalu berkata: Bagaimana
kami dapat berbicara dengan bayi yang masih dalam
ayunan
itu? Mendengar
ejekan yang berturut-turut itu, lalu Allah
memperlihatkan
kekuasaanNya untuk mukjizat yang sebesar- besarnya
bagi bayi yang bernama Isa al-Masih itu dikala besarnya.
Di saat itulah bayi Isa a.s. yang masih kecil itu berkata
dengan terang kepada orang banyak: Sesungguhnya aku ini
seorang hamba Allah, akan diberinya kepadaku sebuah Kitab
(Injil) dan dijadikanNya aku seorang Nabi. DijadikanNya aku
seorang yang berguna buat manusia dimana aku berada,
diwasiatkanNya
kepadaku berbuat dan mengerjakan sembahyang
dan mengeluarkan zakat selama aku hidup. Dan aku
berbakti kepada ibuku, tidaklah aku dijadikan Tuhan seorang yang
sombong dan derhaka. Selamatlah diriku ketika aku dilahirkan
dan ketika aku mati dan ketika aku kembali hidup. Barulah
sebahagian orang ramai itu insaf dan percaya, yakin akan
kesucian Mariam, akan kebesaran dan keagungan bayi yang
baru lahir itu. Khabar kesucian dan keagungan bayi itupun tersiarlah
ke mana-mana, sehingga setiap orang menunggu-nunggu
akan besarnya anak itu, sebagai seorang Utusan Allah (Rasul)
buat mereka.Nabi Isa al-Masihi yang dipopularkan orang Kristian
dengan nama Jesus Kristus itupun makin sehari makin besar
juga. Di kala dia masih berupakan seorang anak yang di bawah umur,
telah banyak tampak tanda-tanda kebesaran dan keluarbiasaannya Pada
suatu hari, ketika Isa sedang bermain-main dengan teman-teman
sebayanya, tiba-tiba Isa menerkai semua apa yang disimpan
dalam poket seluar dan dirumah mereka masing-masing,
dengan tekaan yang tepat dan tidak salah sedikit juga. Kadang-kadang
Isa berlaku sebagai guru terhadap teman-teman sebayanya
itu, mengajarkan apa-apa yang mereka itu semua tidak
mengetahuinya. Semua temannya itu menurut dan patuh terhadap
ajaran Isa. Masing-masing memperhatikan sebaik-baiknya
setiap kata dan nasihat yang keluar dari mulut Isa. Ketika
Isa sudah berumur 12 tahun, ibunya membawa beliau meninggalkan
dusun yang jauh terpencil itu, berangkat pindahke kota Baitul Maqdis (Jerusalem ).
Di jalan banyaklah pemandangan
baru yang belum pernah dilihat didesanya sendiri. Tetapi
Isa tinggal tenang saja melihat pemandangan yang baru itu,
tidak menarik hatinya sedikit juga sebagai kebanyakan anak-anak
yang seumur dengan dia. Lebih-lebih lagi ketika memasuki kota besar Jerusalem
menempuh jalan-jalan besar, rumah- rumah
yang bagus dan menarik hati. Tidak satu pun yang menarik
perhatian Isa, kesemuanya itu dipandangnya sebagai barang-barang
yang biasa saja, tidak baru sedikit juga dalam pandangan
mata dan hatinya. Inilah pula salah satu keluar-biasaan
Isa dibanding dengan anak-anak lainnya. Ibunya
lalu pulang ke desa kembali, sedang Isa tetap tinggal dikota
Baitul Maqdis, kota
yang penuh dengan pendita dan tempat-tempat
ibadat, sebagai pusaka dan doa Nabi Ibrahim dahulu. Setiap
hari, orang ramai berduyun-duyun datang ke gereja-gereja
menerima pelajaran agama yang diberikan pendita-
pendita.
Isa pun turut serta orang ramai itu, mendengar pelajaran
dan fatwa-fatwa itu. Bahkan inilah yang paling digemari
Isa, lain-lain pekerjaan dan permainan tidak satu pun yang
menarik hatinya dan dia tidak pernah turut berbagai-bagai keramaian dan permainan itu. Tiap-tiap
kata fatwa yang keluar dan mulut pendita-penditadidengarkannya
dengan penuh perhatian dan sungguh-sungguh.Berbeza
dengan orang ramai yang juga turut belajar dan mendengar
fatwa itu, dimana umumnya mereka itu hanya menerima
dan tunduk saja terhadap semua fatwa dan kata-kata itu,
maka Isa bukan hanya tunduk dan menerima mentah-
mentah
saja tetapi kalau perlu bertanya dan membantah mana yang
tidak sesuai dengan pendapatnya. Isa di antara murid-
murid
yang pertama-pertama kali berani bertanya danmembantah,
sedang murid yang lain seorang pun tidak pernah bertanya,
apalagi akan membantah. Melihat
keberanian dan perbuatan Isa itu, tidak sedikit kawan-
kawan
dan orang ramai yang menaruh sakit hati dan marah kepadanya
dan menganggap dia seorang yang pembantah dan penyangkal,
tidak tunduk kepada pendita-pendita yang dihormati dan
dimuliakan orang. Bahkan sudah menjadi tabiat manusia di saat
itu, bahawa pendita-pendita itu adalah orang suci, orang-orang
yang benar semua kata-katanya, tidak boleh dibantah atau
ditanyai samasekali, sebab orang yang bertanya dan membantah
itu dianggap telah melanggar agama, telah engkar dan
kafir layaknya. Bukan
hanya orang ramai saja yang marah kepadanya, tetapijuga
pendita-pendita sendiri, sebab memang pendita-pendita
itulah
yang melarang orang bertanya dan membantah, serta mengajarkan
bahawa sesiapa yang membantah dan bertanya itu,
adalah orang engkar dan musuh Tuhan. Beratus-ratus
tahun lamanya, pendita-pendita itu tida k pernah dibantah
dan disoal orang, sehingga telah menjadi adat turun-temurun
bagi orang banyak yang hanya mendengar, tunduk dan diam
dihadapan mereka. Sebab itu, tidak hairanlah ka lau hal itu
dianggap
orang ramai sebagai ajaran agama, ketetapan syariat yang
tidak boleh dilanggar samasekali.
Isa
tidak menghiraukan kemarahan orang ramai itu, tidak peduli sekalipun
pendita-pendita itu sendiri sakit hati kepadanya, namun
Isa tetap membantah dan bertanyakan apa-apa yang tidak
terang atau yang berlawanan dengan pendiriannya. Demikianlah
halnya Isa bertahun-tahun asyik belajar, asyik bertanya
dan membantah tiap-tiap fatwa yang tidak sesuai. Dia lupa
segala-galanya, kadang-kadang dia lupa makan dan minum, lupa
terhadap ibunya sendiri yang sudah lama ditinggalkannya. Dia
bukan hanya tetap dalam kota
Baitul Maqdis saja, tetapi juga pergi ke
tempat-tempat yang jauh, didalam dan diluar kota , dima na
saja ada pendita. Masing-masing pendita yang dia kenal dan
dengar, sekalipun jauh tempatnya, pasti dia datangi untuk belajar
dan menerima fatwanya, pula untuk ditanya da n dibantahnya
apabila perlu. Begitulah; dia senantiasa pindah dari desa ke
desa, dan kota ke kota lainnya.
ISA
MENJADI RASUL
Setelah
Isa berumur 30 tahun, barulah datang kepadanya Ruhul Amin,
iaitu Malaikat Jibril sebagai Utusan Allah SWT. untuk mengangkat
Isa menjadi Rasul Allah, menyambung pelajaran yang
pernah diajarkan Rasul-rasul yang sebelumnya dan untuk memberi
khabar kepada manusia, bahwa nanti dikemudian hari
akan
diutus Allah seorang Rasul lagi, yaitu Nabi MUHAMMAD S.A.W..
Kepada
Nabi Isa a.s. diturunkan Allah sebuah Kitab Suci (Injil) yang
berisi ajaran-ajaran Tuhan yang membenarkan akan Kitab-kitab
Suci yang sebelumnya dan pula memberi keterangan tentang
akan datangnya Kitab Suci nanti, iaitu al-Qur'an al-Karim,
yang diturunkan kepada Rasul yang paling akhir, iaitu
Nabi Muhammad
s.a.w.
Apa yang
diterimanya itu, disampaikannya kepada manusia kaumnya.
Diterangkannya bahawa dia adalah Utusan Allah, supaya
semua manusia mengikutinya. Mulailah
Nabi Isa a.s. berjuang menyiarkan agama yang benar, membongkar
akan kesalahan dan kesesatan pendita Yahudi yang telah
jauh menyimpang dan ajaran Nabi Musa a.s. yang sebenarnya,
bahkan terbukti kepada Nabi Isa bahawa mereka telah
lupa sama sekali akan semua ajaran-ajaran yang diberikan Nabi
dalam Kitab Sucinya yang bernama Taurat. Sudah banyak
pula
yang tidak kenal kepada Allah lagi, hanya mementingkan hartabenda
dan kekayaan dunia semata, baik rakyat umum ataupun
para penditanya sendiri. Mereka berebutan pangkat pendita
bukan untuk menyiarkan agama Allah, tetapi semata-mata
berebutan pangkat dan hartabenda yang terdiri dan emas dan
perak. Mereka bukan membela nasib kaum fakir miskin lagi sebagai
yang diperintahkan Allah, tetapi malah merampas hak kaum
fakir miskin dan orang-orang yang terlantar, bahkan menghisap
darah orang melarat dan mencelakakan penghidupan mereka.
Pendita-pendita
turut serta menghisap dan memeras. Mereka ajarkan
kepada manusia bahawa mengorbankan harta bagi kepentingan
pendita, bererti mengorbankan harta bagi Allah, sehingga
banyak pendita-pendita yang lebih kaya dari raja-raja. Pendita-pendita
itu menutup mata samasekali terhadap nasibnya orang-orang
yang fakir dan miskin, terhadap orang-orang yang terlantar,
anak-anak yatim dan piatu, terhadap orang yangmendapat
kecelakaan. Mereka hanya bertekun didalam gereja-gereja untuk
dipuji-puji orang ramai saja.
Agama
yang diajarkan Nabi Musa, telah mereka ubah disesua
ikan dengan kepentingan mereka sendiri. Banyak yang halal
diharamkan dan yang haram dihalalkan. Agama ya ng menyerang
nafsu kebendaan, mereka ubah menjadi agama yang memuji-muji
kebendaan, serta melupakan Tuhan. Rakyat,
mereka anjurkan berkorban dan bersedekah untuk Rumah
Suci sebanyak-banyaknya, yang sebenarnya bagi
kepentingan
diri mereka sendiri, sedangkan yang bersedekah itu kebanyakannya
orang yang fakir miskin dan orang bawahan yang
susah jalan penghidupannya. Segala
rahsia itu dibongkar oleh Nabi Isa. Nabi Isa sedaya-upaya untuk
mengembalikan manusia kepada agama yang benar, kepada
syariat Nabi Musa yang sebenar-benarnya. Bani Israel yang
telah sesat jalannya itu dianjurkan Nabi Isa agar kembali ke jalan
yang benar.
NASIB PARA RASUL
Ajaran
Nabi Isa berlawanan sungguh dengan kemahuan dan keinginan
masyarakat umum dimasa itu. Isa melarang mereka berlazat-lazat
dan bersenang-senang, serta umumnya mereka asyik
dengan berbagai kemaksiatan dan kejahatan. Diantara
pendita dan orang ramai, memang ada orang yang benar-benar
suci dan bersih, ingat dan selalu mengabdikan diri kepada
Allah s.w.t. Mereka ini sajalah yang sebenarnya
mengakui
akan ajakan dan pelajaran yang diberikan oleh Nabi Isa.
Mereka inilah yang menjadi pembela, tulang belakang Nabi Isa a.s.
dan mereka inilah yang disebutkan Allah dalam al-Quran Ansarullah
dan Hawariyun. Sedang lain-lainnya, masyarakat ramai,
lebih-lebih masyarakat yang kayaraya, pembesar-
pembesar
negeri hampir semuanya menentang akan ajakan dan ajaran
Nabi Isa, bahkan menghalang dari tersiarnya pengajaran ini,
sebab mereka takut akan kehilangan harta dan pangkat serta pengaruh.
Nabi Isa mereka dustakan, mereka halangi dengan berbagai
cara. Semua ini memang sudah menjadi nasibnya para
Nabi dan
Rasul Allah, sejak dari Nabi Adam a.s., sampai kepada Nabi
Muhammad s.a.w., kerana Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah itu
diutus memang untuk merobah keadaan dan susunan masyarakat
kepada siapa mereka diutus Tuhan, jadi bukan semata-mata
untuk menurutkan kemahuan umat. Nabi Isa
terus-menerus mengajarkan semua yang diperintahkan Allah
kepadanya, dari desa ke desa dan dari kota ke kota . Kerana
begitu hebat tentangan kaumnya, maka kepada Nabi Isa diberikan
Allah beberapa mukjizat yang luarbiasa, agar orang ramai
insaf akan kebenaran Nabi Isa sebagai orang yang diutus Allah. Nabi Isa
menggumpal sekepal tanah, lalu ditiupnya, segera tanah
itu menjadi burung, terbang ke sana
ke mari bersiul-siul, beranak
dan berketurunan. Ramai
orang ditimpa penyakit kusta dan tidak seorang juga yang
dapat
menyembuhkan penyakit itu, sehingga penyakit itu terus- menerus,
turun-temurun menyerang sebuah desa. Oleh Nabi Isa semua
orang yang sakit bertahun-tahun itu dapat disembuhkan sekaligus
dengan sesembuh-sembuhnya. Banyak pula orang yang
buta sejak dilahirkan ke dunia ini pun dapat disembuhkan
oleh
Nabi Isa, sampai dapat melihat seterang-terangnya. Bahkan orang
yang sudah mati pun, ada yang dihidupkan Nabi Isa Semua
itu menjadi dalil dan bukti yang tidak dapat dibantah lagi, atas
kenabian dan kerasulan Nabi Isa a.s. bagi orang-orang yang mahu
beriman dan percaya. Tetapi bagi musuh-musuhnya,
orang-orang
yang ditakdirkan Tuhan untuk jadi kayu api neraka, semua
kejadian itu dipandangnya sebagai sihir semata-mata, namun
Nabi Isa tetap mereka tentang dan musuhi. Nabi Isa
mempunya i kawan dan pula mempunyai lawan. Dengan kawan-kawannya
itulah Nabi Isa berjalan ke tempat-tempat yang
jauh, menyiarkan pelajaran agama, menolong manusiasengsara.
Tetapi sayang, lawannya lebih banyak daripada
kawannya
dan lawannya ini memusuhinya dengan sehebat- hebatnya,
serta mengadakan tekanan dan rintangan seberat-beratnya. Musuh
Nabi Isa bukan saja orang ramai yang telah dihinggapi penyakit kekafiran, tetapi banyak dari pembesar-pembesar negeri
yang takut kehilangan pangkat, banyak pendita-pendita yang
takut kehilangan pengaruh. Setelah
pendita-pendita sesat itu merasa bahawa Nabi Isa tidak
dapat
mereka kalahkan dengan debat dan kata-kata, mereka berusaha
mencari jalan lain. Pembesar-pembesar negeri sejak dari
raja, sampai kepada pembesar-pembesar bawahannya, mereka
hasut untuk menyingkirkan Nabi Isa dan masyarakat, dengan
tuduhan mengganggu ketenteraman, melenyapkan keamanan
negeri dan akan merebut kekuasaan pemerintah.
Pada
suatu hari, Isa dan sahabat-sahabatnya itu tiba disuatu daerah padang pasir yang tandus
dan kering, jauh dan desa dan kampung,
tidak ada manusia dan rumah, sedang persediaan air dan
makanan sudah habis samasekali. Padang
pasir yang tandus itu
tidak mempunyai tempat untuk berlindung, sedang matahari
bersinar
terik. Mereka
diserang haus dan lapar yang hebat sekali. Mereka lalu duduk
berunding, bertukar fikiran, jalan mana yang harus ditempuh
untuk keluar dari daerah kering itu, dimana kiranya dan
bagaimana caranya mendapat sedikit air untuk dapat mempertahankan
hidup mereka. Keadaan mereka lebili sulit lagi,
kerana
disaat itu pulalah musuh-musuh mereka telah mengepung
dan menunggu-nunggu kedatangan mereka untuk dihancurkannya. Dalam
keadaan yang sulit dan rumit itulah Nabi Isa menuangkan pengajaran-pengajaran
yang sangat dalam kepada para pengikutnya
itu, meresapkan ke dalam jiwa mereka hakikat
perjuangan
hidup di dunia menjelang mati, merasakan erti hidup yang
sebenarnya. Sesungguhnya para sahabat dan Hawariyun itu
telah teguh imannya, sudah tidak syak lagi dan ragu-ragu lagi akan
kebenaran Nabi Isa dan kerasulannya, tunduk dan patuh menjalankan
nasihat dan perintah Nabi Isa, namun mereka
masih
ingin mendapatkan bukti-bukti dan tanda-tanda yang lebih
nyata, semata-mata untuk menambah tebal keimanan mereka.
Apalagi sekarang ini benar-benar mereka sedang dalam kesulitan
menghadapi musuh dan bahaya lapar yang tidak terhingga. Mereka
lalu berkata kepada Isa: Ya, Isa anak Mariam! Kuasakah
Tuhan
menurunkan makanan dari langit untuk kami? Dengan
keterangan, bahawa mereka hanya ingin tahu saja, bukanlah
kerana kurang percaya dan kurang tegas iman. Permintaan
yang demikian pernah pula dikemukakan oleli pengikut
Nabi Ibrahim dahulu. Terhadap permintaan sahabat- sahabatnya
itu, Nabi Isa menasihatkan agar mereka jangan hendaknya
menuntut mukjizat-mukjizat supaya tuntutan itu janganlah menjadi fitnah terhadap keimanan mereka sendiri. Nabi Isa
memperingatkan mereka sekali lagi kepada mukjizat-mukjizat
yang banyak sekali, yang sudah diperlihatkan Nabi Isa kepada mereka.
Mendengar
keterangan Nabi Isa itu, mereka lalu berkata: Kami menghendaki
yang demikian itu, supaya dapatlah kami memakan
makanan yang kami katakan itu dan supaya tetap teguh
kepercayaan dalam hati kami, sedang kami mengakui sebenar-bena
rnya, bahawa engkau orang yang benar, sehingga kami
menjadi saksi atas yang demikian itu. Setelah
mendengar perkataan mereka itu, Nabi Isa lalu berdoa kepada
Tuhan: Ya Allah, Tuhan kami, turunkanlah makanan dan langit
untuk menjadi perayaan besar (hariraya) bagi kami dan orang-orang
yang sesudah kami dan pula menjadi bukti kekuasaan
Engkau. Berilah kami rezeki, sedang Engkau adalah sebaik-baik
pemberi rezeki. Doa dan
harapanan itu dikabulkan Allah. Makanan yang lazat citarasanya
turunlah dari langit untuk mereka santap bersama-sama,
diiringi oleh turunnya wahyu Allah: Sesungguhnya Aku turunkan
makanan itu kepadamu, tetapi ingat, barangsiapa yang engkar
diantara kamu dikemudian hari, akan Aku seksa dengan seksaan
yang belum pernah Aku seksakan kepada orang-orang
yang
hidup didunia ini. Makanan
itu segera mereka santap bersama-sama dengan sekenyang-kenyangnya,
sehingga segarlah perasaannya, hila ng rasa
laparnya, serta kembalilah kekuatan mereka yang sudah
penat
dan lelah itu. Kejadian itu tersiar pula kemana-mana menambah
imannya orang yang beriman dan menambah dengkinya
musuh-musuh mereka. Dalam
pada itu kaum Bani Israel, iaitu musuh Nabi Isa dipelopori oleh
pendita-pendita mereka sendiri, telah berkumpul untuk mencari
daya-upaya cara bagaimana dapat menewaskan Nabi Isa dan
pengikut-pengikutnya. Hadir pula dalam rapat besar itu pembesar-pembesar
negeri dan raja mereka. Nabi Isa
telah mengetahui lebih dahulu akan rencana-rencana mereka
untuk membunuh Nabi Isa itu. Sebab itulah Nabi Isa terus
mengembara menghindarkan diri dari tangkapan mereka. Dalam
rapat besar itu, tiba-tiba seorang pemuda yang tangkas mengacungkan
tangan minta berbicara untuk mengemukakan pendapat
dan usulnya. Pemuda itu Yahuza namanya. Kepadanya diberikan
kesempatan membentangkan pandangan dan buah fikirannya. Dengan
tegas pemuda itu lalu mengusulkan, agar Nabi Isa ditangkap
dan dibunuh saja. Dia sendiri telahpun mengetahui akan
tempat Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya itu bersembunyi.
Dia sendiri menyanggupkan dirinya untuk menjadi pelopor
dalam penangkapan dan pengepungan itu. Fikiran
yang dikemukakan pemuda itu, dengan segera mendapat persetujuan
dari yang hadir dengan sambutan yang meriah sekali.
Apalagi orang banyak sudah lama tidak mendengar, dimana Isa
sedang berada, tiba-tiba pemuda itu menerangkan, bahawa
dia mengetahui tempat Nabi Isa. Pemuda itu mendapat pujian
setinggi langit. Orang banyak datang berduyun-duyun mencium
tangan pemuda itu dan menjanjikan kepadanya apa saja
yang dia kehendaki, bila dia telah berhasil dapat
menangkap
Nabi Isa serta membunuhnya Raja
lalu menyiapkan tentera dan perbekalan, untuk dikerahkan
menangkap
Nabi Isa, dibawah pimpinan pemuda itu. Dalam pada itu
pendita-pendita dan pembesar pembesar negeri yang benci kepada
Isa, berpropaganda kepada orang banyak untuk membenci
Nabi Isa, dan menuduhnya sebagai pengacau, serta perusak
agama dan negara. Nabi Isa
dan pengikut-pengikutnya telah mengetahui itu semua. Tahu
bahawa tentera raja dan banyak orang telah siap mencari- cari
mereka, ke mana saja mereka pergi. Nabi Isa
dan pengikut-pengikutnya, dengan sembunyi-sembunyi dan
menyeludup pindah dari sebuah tempat ke lain tempat, agar jangan
sampai diketahui oleh musuh-musuhnya. Akhirnya Nabi Isa dan
pengikut-pengikutnya itu terperosok ke sebuah daerah yang
telah dikepung oleh musuh disekitarnya. Tidak ada jalan keluar
untuk melepaskan diri dan kepungan. Tidak ada jalan lain, selain
bersembunyi dibelukar yang ada dalam sebuah kebun yang
luas dalam daerah kepungan itu. Disaat
yang amat kritikal, dipuncak segala krisis, tidaklah hairan kalau
banyak diantara pengikut Nabi Isa a.s. yang masih kurang kuat
imannya, sama mencuba menghindarkan diri dari bahaya maut.
Pengikut Isa a.s. berkurang satu demi satu. Akhirnya hanya
tinggal 12 orang, yang menyanggupkan diri untuk tetap bersama
Isa a.s. dalam keadaan yang bagaimanapun. Mereka yang 12
orang inilah yang dinamai Allah di dalam al-Quran
dengan
al-Hawariyun, iaitu pengikut-pengikut atau sahabat-
sahabat
yang setia. Di saat
itu Nabi Isa a.s. mulai mengeluh dan berkata: Siapakah gerangan
yang akan menjadi pembelaku? Keluhan Isa itu dijawab
oleh Hawariyun tersebut dengan kata: Kami siap untuk membela
dan bersamamu menegakkan agama Allah. Tentera
musuh makin dekat jua dan musuh rupanya sudah tahu, bahawa
Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya berada di tempat itu. Ketika
itulah pengikut-pengikut Nabi Isa mendapat ujian yang sebesar-besarnya.
Terbuktilah, bahawa diantara pengikutnya
ada yang
tidak tahan, ada juga yang teguh imannya. Seorang demi
seorang para pengikutnya meninggalkan Isa, lalu meminta perlindungan
dari musuh. Mereka lari dengan tidak minta izin dan
tidak memberitahu lebih dahulu kepada Isa. Lupalah mereka ketika
itu akan pemimpin besar yang selama mi mereka puja
dan
ikutinya. Akhirnya
salah seorang dari pengikut yang lari ini pula lah yang telah
belot, menunjukkan tempat bersembunyinya Nabi Isa kepada
musuh-musuh itu. Kepungan
makin dipersempit, kerana sudah nyata dimana tempat
Nabi Isa bersembunyi. Dengan dipelopori oleh pemuda Yahuza,
musuh makin mempersempit kepungan mereka. Yahuza
sebagai pelopor, lalu menyerbu masuk sendirian kedalam
belukar dimana Nabi Isa sedang bersembunyi. Dia ingin menangkap
Nabi Isa dengan tangannya sendiri. Baru
saja pemuda itu menyerbu ke tempat persembunyian NabiIsa,
Tuhan memperlihatkan kekuasaanNya. Mata musuh tidakdapat
melihat Nabi Isa, sedang pemuda Yahuza yang telah menyerbu
sendirian itu, dirobah Allah mukanya menjadi serupa dengan
muka Nabi Isa.
Tepat
disaat itu tentera musuh menyerbu masuk, mereka melihat
Yahuza yang berbentuk Nabi Isa itu segera ditangkapnya
Demikian kekuasaan Allah melebihi kekuasaan segala-galanya dan rencana manusia tidak semuanya yang dapat berhasil, tetapi rencana Allah SWT.(Tuhan) yang sebagus-bagusnya rancana.
Firman Allah SWT. dalam kitab suci Al-Qur'an surat An-Nisa' ayat 157 yang artinya :
"Adapun orang-orang yang durhaka itu, tidaklah mereka membunuh dan menyalib Isa, hanya orang yang diserupakan Allah dengan Isa A.S. lah yang tersalib."
Wallahu a'lam bisshowab.............Semoga Bermanfaat......
Tidak ada komentar:
Posting Komentar